Monday 16 July 2012

BERSAMA KE SYURGA



" Ya Allah..
Tatkala bahang MahsyarMU
Menjilat tubuh..
Izinkan kami berteduh..
Tatkala mizanMU teliti mengira
Beratkan neracanya atas setiap jasa
Naungi kami di sana...
Berkat kasih keranaMU semata...
Andai kulayak ke syurga
Kupinta dia bersama jua..." 

CURAHAN RASA HATI

Duhai teman sejatiku...
buatmu, cebisan istimewa ini ku nukilkan
tanda berpintal iman
lantaran tak dapat kusembunyi
apa yang melingkari di hati
kasihku padamu tidak terperi
terhampar luas tak bertepi...

Saturday 14 July 2012

Selamat menyambut Ramadhan akak..


akak, nur x sabar untuk menjalani ramadhan ini bersama akak..moga kita sama2 dapat melalui dengan penuh keikhlasan pd Allah.. (mengantuk..nanti nur sambung lagi insyaallah..)

Rabbal Baraya



 
 Akak, indah dan merdukan zikir ni..jom kita zikir sama2..:-)

KETIKA SAHABAT MENJADI CINTA


Kebahagian sebuah persahabatan..
kini menjadi keindahan sebuah kisah cinta. .
yang bermula dengan airmata

kini menjadi damai nyaman
sebuah persahabatan menjadi sebuah percintaan. . .

hanya keranaMu ya Allah..

keindahan sebuah persahabatan lebih indah jika
di adun dengan kisah cinta antara dua makhluk
yang saling mengasihi keranaNya. . .



Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.”

 “Hatta kalau kau terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku ke syurga”.